CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki sesat ketika aktiviti rentas hutan dijumpai selamat

[Copy link]
Post time 13-2-2022 03:19 PM | Show all posts |Read mode


Mangsa (dua kiri) merakam gambar bersama anggota PDRM dan bomba yang terlibat dalam operasi tersebut.

BINTULU: Seorang lelaki gagal menjumpai jalan keluar semasa melakukan aktiviti rentas hutan di kawasan Taman Tumbina Bintulu, Tanjung Batu pada lewat petang Sabtu.

Bagaimanapun lelaki terbabit berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba Bintulu yang membawa mangsa keluar dari kawasan hutan terbabit dalam kejadian sekitar jam 8 malam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu PgKB II Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.06 malam berkenaan mangsa, James Lopaz Lukas, 45, yang dilaporkan sesat dalam hutan terbabit kerana tidak menemukan jalan keluar.

"Pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian terus bertindak mencari mangsa dengan berjalan kaki masuk ke dalam hutan tersebut.

"Lokasi pencarian adalah tempat yang dipercayai mangsa berada, yang mana mangsa akhirnya berjaya ditemui pada jam 7.45 malam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa dibawa keluar oleh pasukan penyelamat pada jam 8 malam serta dilaporkan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Operasi pencarian mangsa itu turut dibantu oleh lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua kakitangan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA).

Kawasan hutan terbabit merupakan tempat tumpuan warga Bintulu sekali gus terkenal sebagai lokasi rentas hutan, namun kejadian gagal menemukan jalan keluar agak kerap berlaku di kawasan tersebut dalam beberapa kes yang dilapor berlaku pada tahun-tahun sebelumnya.


utusanborneo.com.my/2022/02/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.067232 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list