CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 0

[Sarawak] Lori terbalik, pemandu maut dalam kemalangan kendiri

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:32 AM | Show all posts |Read mode


Pasukan Bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa.

BETONG: Seorang pemandu lori maut selepas lori 10 tan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri sebelum terbalik di Jalan Betong-Sarikei, pagi tadi.

Insiden kira-kira jam 9.20 pagi itu, mengakibatkan mangsa berusia 39 tahun tersepit sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.24 pagi.

“Setibanya di lokasi kira-kira pukul 9.30 pagi, pasukan mendapati sebuah lori terbalik dan mangsa masih berada di dalamnya.

“Kerja-kerja menyelamat agak sukar kerana sebahagian tangan mangsa tersepit di bawah lori.

“Kita terpaksa mendapatkan bantuan jentera jengkaut dari TRC Pan Borneo untuk menstabilkan lori dan mengangkatnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat sepenuhnya pada 10.50 pagi,” katanya.


by Suaraswk
February 12, 2022
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.192155 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list