CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 469|Reply: 0

[Pulau Pinang] Treler bertembung bas kilang, dua parah, 15 lagi cedera

[Copy link]
Post time 12-2-2022 11:24 PM | Show all posts |Read mode
Treler bertembung bas kilang, dua parah, 15 lagi cedera
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 12 Februari 2022


Kemalangan berkenaan mengakibatkan bas kilang terbalik dalam kejadian berdekatan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Perai, Perai pada petang Sabtu.


PERAI - Dua parah selepas sebuah treler bertembung dengan sebuah bas kilang dalam kejadian berdekatan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Perai, di sini pada petang Sabtu.


Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, PBK II Mohd Fakharurazi Md Rejab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 malam itu turut melibatkan 15 penumpang bas yang merupakan pekerja kilang.


Menurutnya, kesemua penumpang tersebut yang merupakan lelaki bukan warganegara Malaysia hanya cedera ringan.


"Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.21 malam dan terus bergegas ke lokasi kejadian. Di situ kita mendapati, kemalangan melibatkan sebuah bas kilang yang membawa pekerja telah bertembung dengan sebuah treler.


"Kemalangan tersebut menyebabkan bas kilang terbalik. Pemeriksaan mendapati, pemandu treler dan pemandu bas tersepit di bahagian tempat duduk. Kedua-duanya dalam keadaan cedera parah," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.



Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian treler bertembung bas kilang berdekatan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Perai, Perai pada petang Sabtu.


Tambahnya, kedua-dua pemandu itu berjaya dikeluarkan dalam tempoh tujuh minit dengan menggunakan peralatan.


"Kedua-dua mangsa yang tersepit telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan selanjutnya. Identiti mereka belum diketahui.


"Sementara itu, semua 15 penumpang bas iaitu pekerja kilang yang cedera ringan turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan," katanya.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... arah-15-lagi-cedera
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.034722 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list