CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 452|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lebih 200 penduduk bantah projek bina asrama pekerja asing

[Copy link]
Post time 11-2-2022 10:25 PM | Show all posts |Read mode
Lebih 200 penduduk bantah projek bina asrama pekerja asing

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 11, 2022 @ 6:26pm[email protected]




Penduduk mengadakan bantahan secara aman, hari ini, terhadap cadangan pembinaan asrama pekerja asing di tiga lokasi sekitar Bayan Lepas. - NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI



GEORGETOWN: Lebih 200 penduduk Teluk Kumbar, di sini, mengadakan bantahan secara aman, hari ini, terhadap cadangan pembinaan asrama pekerja asing di tiga lokasi sekitar Bayan Lepas.

Bantahan berlangsung kira-kira sejam itu turut disertai 20 badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Terdahulu, penduduk terbabit berkumpul sambil membawa sepanduk di Tingkat Teluk Kumbar, Kampung Nelayan, selepas solat Jumaat dengan dipantau pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan yang juga Pengerusi Kariah Masjid Teluk Kumbar, Profesor Emeritus Datuk Dr Muhammad Idris Salleh, berkata penduduk kesal kerana kerajaan negeri didakwa tidak mengambil sebarang tindakan untuk membatalkan projek itu walaupun sudah mengetahui kesannya nanti.

Malah lebih mengecewakan, beliau mendakwa, pagar untuk pembangunan di lokasi terbabit meliputi beberapa lot, sudah pun didirikan yang menggambarkan bermulanya pelaksanaan projek itu.

"Slogan kerajaan negeri, iaitu Pulau Pinang Bersih dan Hijau, Bandar Raya Selamat dan Bandar Raya Rendah Karbon, hanya tinggal nama kerana ia dicabuli dengan projek pembinaan asrama pekerja asing berskala besar.

"Kami akan terus mendesak ia dihentikan segera atau memindahkan projek terbabit supaya didirikan di kawasan lain seperti Batu Kawan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz mewakili penduduk terbabit untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil pejabat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo.

Difahamkan, kerajaan negeri akan membina tiga asrama pekerja asing, iaitu di Sungai Batu membabitkan tapak berkeluasan 2.8 hektar dan di Teluk Kumbar dengan keluasan 4.78 hektar serta 1.4 hektar.

Ia dikatakan bakal menempatkan antara 30,000 sehingga 50,000 pekerja asing, berbanding jumlah penduduk setempat yang hanya kira-kira 15,000.

Ia sekali gus dibimbangi bakal mengundang pelbagai masalah pada masa depan, selain menjejaskan kualiti hidup penduduk setempat, termasuk dari aspek lalu lintas dan alam sekitar.

Sementara itu penduduk Pasir Belanda, Goh Choon Keong, berkata, beliau sudah tinggal di kawasan berkenaan sejak 15 tahun lalu dan bekerja sebagai peniaga.

Beliau mendakwa, pelaksanaan projek berkenaan dipercayai akan menimbulkan masalah, terutama dalam jangka panjang.

"Namun, mengapa diteruskan juga? Ternyata mereka (kerajaan negeri) tidak bersungguh-sungguh mendengar masalah rakyat," dakwanya lagi.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.033350 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list