CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Sarawak] Jumlah kes Covid-19 di Sarawak dijangka naik 4 digit

[Copy link]
Post time 11-2-2022 04:14 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Penularan varian Omicron yang cepat merebak dengan jumlah kes Covid-19 yang mendadak tinggi di Sarawak dijangka akan melonjak kepada empat digit.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, peningkatan jumlah kes Covid-19 bagi varian Omicron meningkat mendadak walaupun ia tidak seteruk varian Delta.

“Dalam tempoh kurang dari sepuluh hari, kes Covid-19 bertukar daripada satu digit kepada tiga digit dan diramalkan akan meningkat kepada empat digit.

“Kita menjangkakan keluk peningkatan itu akan menaik dengan cepat dan juga akan menurun cepat dalam tempoh dua bulan akan datang.

“Jika dibandingkan dengan varian delta ia tidak seteruk varian tersebut. Walau bagaimanapun rakyat harus berhati-hati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Sheda 2022 di Zozo Beans & Booze Jalan Song, semalam.

Tegasnya, menggesa rakyat di negeri ini memainkan peranan dalam menjaga keselamatan bagi memastikan jumlah kematian kerana virus tersebut tidak meningkat.

Ujarnya, beberapa tahun lalu kita kehilangan nyawa akibat virus terbabit kira-kira 4,000 dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.

“Saya mengingatkan anda semua agar sentiasa berhati-hati, patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan lebih ketat terutamanya golongan berisiko tinggi.

“Mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi mesti menjalani ujian kendiri dan pemantauan, kerana kita harus menerima hakikat yang kita perlu hidup bersama dengan virus itu,” tegasnya.


sarawakvoice.com/2022/02/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.132602 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list