CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

[Sarawak] 11 kompaun bernilai RM5,250 dikeluarkan di Bintulu

[Copy link]
Post time 11-2-2022 04:13 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Sebelas kompaun dengan nilai RM5,250 dikeluarkan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu dalam operasi bersepadu terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 Pelan Pemulihan Negara (PPN)dan Ops Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau(PPKHT) 2004 , malam tadi.

Operasi berkenaan dilakukan di kawasan Sungai Plan itu membabitkan pemantauan terhadap lima premis kedai makan dan sebuah farmasi.

Pegawai Kesihatan Bahagian Bintulu, Dr Melvin Chung Hsien Liang berkata daripada jumlah kompaun itu, lapan dikeluarkan di bawah PPKHT 2004 kerana merokok di kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11(1) dan gagal mempamer tanda larangan merokok di premis di bawah Perkara 12(1)(a).

Bagi kesalahan di bawah Peraturan 11(1) PPKHT 2004, katanya, pihaknya mengeluarkan kompaun bernilai RM1,750 manakala kompaun berjumlah RM500 dikeluarkan di bawah Perkara 12(1)(a) PPKHT 2004.

“Dalam operasi ini juga, Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu turut mengeluarkan kompaun ke atas tiga individu dengan nilai RM3,000 kerana gagal mengimbas Mysejahtera dan merekod dalam buku daftar kedai di bawah Perkara 17(1) Akta Pembawaan Penyakit Berjangkit 1988.

Operasi bersepadu itu disertai 12 anggota membabitkan enam daripada Unit Unit Inspektorat dan Perundangan (UIP) Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu dengan diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan (PPKPK) Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu, Malek Spawi, empat anggota Polis DiRaja Malaysia Bintulu dan masing- masing seorang anggota daripada Sukarelawan PDRM(SPDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam(APM).


sarawakvoice.com/2022/02/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.058178 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list