CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 236|Reply: 0

[Sarawak] ADUN, petugas wajib jalani ujian COVID-19 sebelum DUN bersidang

[Copy link]
Post time 11-2-2022 03:59 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai bertugas termasuk petugas media perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dengan RTK-Antigen (Profesional) dua hari sebelum Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula Isnin ini.

Mengikut prosedur operasi standard (SOP) disediakan Unit Pentadbiran Am dan Bangunan DUN Sarawak, mereka yang terlibat juga perlu membuat ujian saringan kendiri setiap hari sepanjang tempoh persidangan sehingga 16 Februari.

“Pemeriksaan suhu badan di pintu masuk wajib dijalankan bertujuan mengesan individu dengan suhu badan melebihi 37.5 Celsius, manakala individu bergejala tidak dibenarkan masuk dan hanya individu lengkap vaksinasi dibenarkan masuk.

“Mereka yang hadir juga perlu mengemas kini status risiko COVID-19 di aplikasi MySejahtera dan wajib mengaktifkan fungsi MySJ Trace dalam aplikasi MySejahtera sepanjang persidangan,” katanya.

Bagi tetamu jemputan dan pegawai awam yang dibenarkan hadir, mereka diwajibkan untuk menjalani ujian saringan kendiri sebelum masuk ke premis DUN Sarawak.

Bagaimanapun, jumlah tetamu jemputan dan pegawai awam yang dibenarkan hadir adalah tidak melebihi 50 peratus kapasiti Galeri Awam dan Galeri Kenamaan.

Bagi memastikan persidangan berjalan lancar tanpa penularan COVID-19, semua yang hadir dinasihatkan mematuhi tanda penjarakan fizikal yang ditetapkan pihak DUN Sarawak.

Sebarang bentuk perjumpaan di dalam dan luar Dewan Persidangan perlu dikawal dengan mengelakkan 3S (sesak, sempit dan sembang dalam jarak dekat).

Sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan dan digalakkan menggunakan pelindung muka serta pelitup muka berganda.


utusanborneo.com.my/2022/02/11

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.051677 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list