CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 361|Reply: 0

[Sarawak] Ibu buang bayi dipenjara empat bulan

[Copy link]
Post time 10-2-2022 07:04 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Padah membuang mayat bayi yang baharu dilahirkan dengan niat menyembunyikan secara rahsia kelahiran bayinya itu, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret.
   
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh dikuatkuasakan mulai tarikh dia ditangkap pada 18 Januari lalu.
   
Lee Siaw Lee, 29, dari Kampung Lumut, Sibuti didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
   
Menurut keterangan kes, sekitar jam 11.40 malam, 23 Disember tahun lalu, seorang pegawai perubatan di Hospital Miri sedang merawat seorang pesakit wanita (tertuduh) yang mengadu mengalami pendarahan.
   
Setelah diperiksa, beliau mengesyaki bahawa wanita terbabit telah melahirkan bayi namun tidak mengetahui tentang keberadaan bayi itu sama ada hidup atau mati atau disembunyikan.
   
Berikutan itu, pegawai terbabit telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
   
Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11 pagi, 18 Januari lalu, polis telah menangkap tertuduh di Wad 10 Hospital Miri kerana disyaki telah menyembunyikan kelahiran bayi yang dilahirkannya.
   
Sekitar jam 1.40 petang hari sama di belakang sebuah kedai di Batu 8 Lambir, polis telah menangkap seorang lelaki berusia 48 tahun kerana disyaki terbabit sama dalam kes ini.
   
Hasil siasatan lanjut polis mendapati tertuduh mengalami pendarahan disebabkan kesan koyak melahirkan bayi namun tidak memberitahu keberadaan bayinya itu.
   
Siasatan juga mendapati bayi yang dilahirkan itu telah mati selepas dilahirkan.
   
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman di hadapan Majistret Leona Dominic Mojiliu.



utusanborneo.com.my/2022/02/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 2.005177 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list