CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 0

[Sarawak] Buka semula sempadan harus ambil kira keselamatan, perkembangan semasa kes COVID-19

[Copy link]
Post time 10-2-2022 02:24 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Cadangan pembukaan semula sempadan negara secara penuh pada 1 Mac perlu bergantung kepada perkembangan semasa pandemik dengan mengambil kira keselamatan rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia bagi mengelakkan berlakunya sekatan pergerakan semula termasuk di Sarawak.

"Kita tidak mahu berlakunya 'lockdown' (sekatan pergerakan) semula walaupun ia memberi kesan yang baik terhadap sektor pelancongan juga ekonomi.


"Kita lebih menekankan kepada kesan terhadap faktor keselamatan dan kesihatan rakyat secara keseluruhannya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Integriti dan Inovasi dan Perhimpunan Perdana PUSAKA 2022 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) pembukaan semula negara secara penuh dalam masa terdekat iaitu seawal 1 Mac bagi menyokong pemulihan negara terhadap wabak COVID-19.

Awang Tengah berkata, bagaimanapun untuk Sarawak cadangan berkenaan adalah bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II berkata bagi industri perkayuan pembukaan semula sempadan sudah pasti amat dialukan kerana sebelum ini mereka mengalami masalah logistik untuk produk import yang dibenarkan.

Jelasnya sebagai contoh produk tertentu dan spesies kayu tertentu yang perlu diimport dari luar negara dibenarkan diimport bagi menambah nilai produk tempatan namun menghadapi kekangan dari segi perkapalan.

"Jika sempadan dibuka ia pastinya melegakan industri berkaitan.

"Namun pada masa yang sama kita harus juga melihat aspek penularan COVID-19 dengan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi agar peningkatan pandemik tidak berulang," katanya.

Pada Selasa, MPN mencadangkan pembukaan semula sempadan negara secara penuh dalam masa terdekat iaitu seawal 1 Mac bagi menyokong pemulihan negara terhadap wabak Covid-19.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya turut bersetuju supaya pembukaan sempadan itu tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.

Bagaimanapun katanya, saringan COVID-19 wajib dilakukan sebelum pelepasan dan ketibaan, selari dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:41 PM GMT+8 , Processed in 0.053320 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list