View: 319|Reply: 0
|
[Sarawak]
Kpg Petag istimewa, miliki sikap kerjasama yang tinggi untuk dapatkan surat hak milik tanah.
[Copy link]
|
|
![](https://scontent.fkul8-1.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/p180x540/273611081_3135305813421758_3278945639850559191_n.jpg?_nc_cat=100&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=02233_BnURMAX-fJdmx&_nc_ht=scontent.fkul8-1.fna&oh=00_AT-bagybTARsa7qxlf-wguhZp6Xt9tWyjtwKnh9BEbFSFw&oe=6207B015)
PADAWAN, 8 Feb: Menteri Muda Pengangkutan (Penerbangan dan Jalan Raya), Datuk Dr Jerip Susil menyifatkan penduduk di Kampung Petag, Padawan memiliki satu semangat perpaduan dan kerjasama yang amat tinggi.
Katanya, ini kerana Kpg Petag adalah antara kampung yang terawal menerima surat hak milik tanah yang telah diserahkan pada Disember tahun lalu sebelum menjelang hari mengundi pada PRN-12 Sarawak memandangkan semua penduduk telah bekerjasama dalam proses dokumentasi tanah.
ADUN Mambong itu menambah, penyerahan surat hak milik tanah itu adalah sebagai salah satu langkah bagi mengiktiraf pemilikan tanah penduduk oleh pihak Jabatan Tanah dan Survey.
Ujarnya lagi, penduduk yang sudah memiliki surat hak milik tanah ini akan dapat menggunakan aset tanah yang ada dalam meningkatkan sosio ekonomi mereka khasnya dari segi pertanian seperti penanaman kopi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan Tapak Projek RTP DUN Mambong di Kampung Petag, Padawan hari ini
BBCats
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|