View: 857|Reply: 16
|
[Dunia]
Lelaki makan daging mentah selama 78 hari
[Copy link]
|
|
Lelaki 78 hari makan daging mentah
https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... akan-daging-mentah/
Oleh KOSMO!
30 Januari 2022, 8:00 pm
LELAKI itu setakat ini berjaya memakan daging mentah selama 78 hari. - Instagram/rawmeatexperiment
WASHINGTON – Seorang lelaki dilaporkan menguji tahap kesukaannya terhadap daging dengan memakan hidangan daging mentah pada setiap hari, lapor laman metro UK semalam.
Lelaki karnivor itu setakat ini berjaya memakan makanan mentah kesukaannya itu selama 78 hari termasuk dada ayam, stik, ikan todak dan dia nampaknya tidak mengalami sebarang keracunan makanan yang teruk.
Usahanya dimuat naik ke akaun Instagram bernama @rawmeatexperiment. Lelaki itu turut berkongsi diet hariannya dengan peminat.
Lelaki tersebut akan menyaluti makanannya dengan telur mentah atau susu haiwan sebelum memakannya.
Menerusi satu hantaran terawalnya, lelaki yang tidak disebutkan namanya dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) itu dilihat menggigit daging stiknya sementara disaksikan dengan lapar oleh anjingnya.
Lelaki itu bahkan pernah memakan hati lembu dan susu unta yang mentah.
Dalam satu hantaran di Instagram, dia menceritakan bahawa pernah mengalami masalah kesihatan setelah mengamalkan diet berasaskan tumbuhan lalu beralih kepada daging. – Agensi
|
|
|
|
|
|
|
|
So ada cacing pita tak dlm perut? |
|
|
|
|
|
|
|
Lelaki Makan Daging Mentah Setiap Hari
Seorang lelaki dilaporkan menguji tahap kesukaannya terhadap daging dengan memakan hidangan daging mentah setiap hari, lelaki karnivor itu setakat ini berjaya memakan makanan mentah kesukaannya itu selama 78 hari termasuk dada ayam, stik, ikan todak dan sebagainya, dia juga tidak ada tanda mengalami sebarang keracunan makanan yang teruk.
kredit foto: Instagram
Petikan dari Kosmo, usahanya dimuat naik ke akaun Instagram bernama @rawmeatexperiment dan lelaki itu turut berkongsi diet hariannya dengan peminat. Lelaki tersebut akan menyaluti makanannya dengan telur mentah atau susu haiwan sebelum memakannya.
kredit foto: Instagram
Menerusi satu hantaran terawalnya, lelaki yang tidak disebutkan namanya dan tinggal di Amerika Syarikat (AS) di dilithat mengigit daging stiknya sementara disaksikan oleh anjingnya yang lapar. Lelaki itu bahkan pernah memakan hati lembu dan susu unta yang mentah.
Dalam satu hantaran di Instagram, dia menceritakan bahawa pernah mengalami masalah kesihatan setelah mengamalkan diet berasaskan tumbuhan lalu beralih kepada daging. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
diet sebegini akan membuat lelaki ini kuat nafsu seks nya...hati2 kpd wanita2 di luar sana |
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa budak dulu terpengaruh dengan siti nurhaliza makan telur mentah supaya suara sedap.nasib baik tak mati sebab Salmonella |
|
|
|
|
|
|
|
bagus ambik dia jadi sukarelawan experiment.. dari experiment sendiri2 bagus jadi sukrelawan untuk eksperimen rasmi dptlah mungkin sagu hati. kalau ada apa2 hal senang dapat rawatan kerana ada monitoring yang bagus |
|
|
|
|
|
|
|
ada dengar juga dulu. betul ke gosip tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jimat nak beli garam bukit dan sebagainya |
|
|
|
|
|
|
|
Muntah woooo baca. Kembang tekak |
|
|
|
|
|
|
|
duk bayangkan cacing dan parasit dalam tubuh dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kena kerap makan ubat cacing kalau camni |
|
|
|
|
|
|
|
daging noreen yang katanyehh bakteria takkan mati walau dimasak pon heshe ngap mentah2 gitu kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan ada parasit melekat kat otak ko sudeh. Dah ramai dah makan mentah tu yang ada cacing pita uwekkkkk kat otak ewwwww |
|
|
|
|
|
|
|
iol dah terbayang lagi few years cacing halus buat rumah kat otak dia mcm ada satu cerita doctor ni iol
lupa tapi bener ya jgn main main |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah makan daging mentah sbb terliur tapi xdak rasa apa sgt pun , yg separuh masak lagi sedap
Rebus separuh masak cicah ayaq asam perghh
Tapi skrg x berani dh la
Tapi ikan salmon mmg i sgt suka yg mentah mkn dgn wasabi nyumm |
|
|
|
|
|
|
| |
|