CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 13

[Tempatan] Rakyat Pelbagai Kaum Sumbang cukai hampir RM500 juta kepada Shah Alam tetapi tidak digunakan atas masalah periuk api dan banjir

[Copy link]
Post time 29-1-2022 09:52 PM | Show all posts |Read mode
https://www.sinarharian.com.my/a ... uk-api-di-mana-mana

Shah Alam dan 'periuk api' di mana-mana
| | 28 Januari 2022


Shah Alam terkenal dengan tarikan ke masjid biru yang menjadi pilihan sektor pelancongan tempatan dan antarabangsa. - Foto 123RF
A
A
KIRA-KIRA 30 tahun lalu, Shah Alam amat terkenal dengan tarikan ke masjid biru yang menjadi pilihan sektor pelancongan tempatan dan antarabangsa, malah jika lawatan sekolah ke ibu kota, itulah juga antara destinasi tarikannya.

Masjid dengan konsep seni bina Melayu dan ala-ala Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis itu menjadi tumpuan sejak 1988. Ketika itu memang menjadi kebanggaan warga Shah Alam.

Buat yang pertama kali singgah ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pasti tertanya-tanya dengan sistem bilik wuduknya tanpa kepala paip yang mendatangkan kejutan budaya buat mereka yang berada di luar lingkungan teknologi pada masa itu.

Bagaimana hendak berwuduk tanpa kepala paip? Inilah antara pertanyaan buat mereka yang kali pertama menjejak kaki ke masjid serba canggih itu.

Tetapi itu dahulu, hanya Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Masjid Negara menjadi tumpuan. Kini sudah banyak masjid moden walaupun jauh dari ibu kota.

Pada masa sama, pelbagai pusat beli-belah wujud di Shah Alam, malah kawasan perumahan mewah juga semakin bertambah.

Bagaimanapun, hari ini kebanggaan Shah Alam itu semakin pudar, bukan kerana tiada lagi perkembangan pembangunan tetapi diambil alih oleh isu ‘periuk api’ merata-rata yang menanti mangsa di jalan raya sekitar Shah Alam.

Sebagai sebuah ibu negeri, Shah Alam dengan kutipan pendapatan hasil pada 2021 sebanyak RM498,820,920 tidak dimanfaatkan sepenuhnya kepada pembayar cukai.

Mereka terpaksa menanggung sengsara kerosakan kenderaan akibat ‘periuk api jadian’ di kawasan-kawasan bulatan utama Shah Alam dan jalan raya.

'Periuk api jadian' yang dimaksudkan ialah keadaan jalan yang berlopak-lopak dan berombak tetapi tidak dibaiki. Bukan sahaja kenderaan mengalami kerosakan, lebih malang ia juga berisiko berlaku kemalangan jiwa kepada pengguna.

Jadi, tolonglah bantu dan selesaikan masalah berkenaan dengan segera.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... uk-api-di-mana-mana
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2022 09:57 PM | Show all posts
bukan setakat jalan raya, laluan pejalan kaki pun hancur yach..! bandaraya gagal..!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 10:05 PM | Show all posts
~boolean replied at 29-1-2022 09:57 PM
bukan setakat jalan raya, laluan pejalan kaki pun hancur yach..! bandaraya gagal..!

https://sumberkini.my/periuk-api ... arkan-khalid-samad/
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Haah la
Iols 2 kali absorber pecah sebab masuk shah alam.ni...mmg menyumpah la...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2022 10:15 PM | Show all posts
“Masalah ini dihadapi banyak kawasan dan Shah Alam bukanlah yang terburuk di kalangan mereka. Malahan boleh dikatakan Shah Alam antara terbaik hasil penjagaan oleh MBSA,” katanya kepada SUMBERKINI.


Bukan yg terburuk ko cakap...??? Mak ko punya laki...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2022 10:31 PM | Show all posts
shernazz replied at 29-1-2022 10:09 PM
Haah la
Iols 2 kali absorber pecah sebab masuk shah alam.ni...mmg menyumpah la...

Takkanlah Shah Alam kan kawasan urban. Mesti memilih wakil rakyat yang terbaik baik di DUN ataupun Parlimen.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2022 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa sudah jadi wahai pentadbir bandar raya Shah Alam?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Malu wooo payung dah la duk situ. Xlalu periuk api tu ke? Ke naik heli manjang?
Sama jgk klang "bandar diraja" tapiiiii elok lagi jalan kat mukah.

Simple maths. 1 kereta roadtax rm90. Sejuta kereta dah 90juta. Kl-selangor berapa juta kereta ada. Rm90 cc 1.6 kalau 2.0 lebih lagi. 2.5 lagi byk. Jalan repair subcon mkn persen 2 minggu lubang balik. Sperm tak boleh harap. Bila hujan lebat sikit banjir. Yihhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak jdkan harta pusaka dorang....

Klu betul betul cukai digunakn utk kemakmuran rakyat....tak de rakyat susah hidup....ni nk pergi keja pun tempuh masalah dulu....jln jem, hujan lebat sikit, banjir....

Belum mati lg dah rasa hidup dlm mini neraka
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
mr_cool5885 replied at 30-1-2022 12:40 AM
Malu wooo payung dah la duk situ. Xlalu periuk api tu ke? Ke naik heli manjang?
Sama jgk klang "band ...

klang tu...depa dh 'bagi' kat warga asing...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
masuk je klang ada perasaan yang sukar untuk digambarkan

tahun 1988 dulu arwah ayah pernah bawa kaka ke masjid negeri. kagum lah sebab masa ambil wuduk, tadah je tangan keluar air sekarang ni tempat wuduk tu dah pakai kepala paip biasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
kluangman replied at 29-1-2022 10:31 PM
Takkanlah Shah Alam kan kawasan urban. Mesti memilih wakil rakyat yang terbaik baik di DUN ataupun ...

Hahahaha...
Lagi satu kat shah alam kalau nak rushing mmg susah sikit
Sebab depa suka drive santai2..
Mcm kat.ipoh
Gituuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 12:41 PM | Show all posts
Bukan sana je tempat2 lain pun sama je
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2022 12:46 PM | Show all posts
kluangman replied at 29-1-2022 02:31 PM
Takkanlah Shah Alam kan kawasan urban. Mesti memilih wakil rakyat yang terbaik baik di DUN ataupun ...

sapa lak yg claim shah alam ni urban? acik2 M jenis bese2 ramai la sini..x nampak urban tang mane nye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.128858 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list