CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 489|Reply: 0

[Dunia] Bencana disebabkan oleh Bulan

[Copy link]
Post time 29-1-2022 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Bencana disebabkan oleh Bulan


ANTARA babak dalam filem berkenaan.

Terkenal dengan pelbagai karya filem yang diarahkan, ditulis serta diterbitkan sebelum ini seperti Independence Day, Stargate, Godzilla, The Patriot, The Day After Tomorrow, 2012, White House Down dan Independence Day: Resurgence, kini Roland Emmerich kembali dengan 'buah tangan' baharunya 'Moonfall.'

Selaku Pengarah untuk filem 'Moonfall', Roland seperti mahu menyajikan karya yang berbeza dari filem-filem sebelumnya.

Walaupun tetap mengetengahkan tema bencana, kali ini Roland berani keluar jalur dengan menempatkan lokasi angkasa lepas sebagai punca permasalahan dalam film 'Moonfall'.



Filem aksi sci-fi yang akan ditayangkan 3 Februari ini lebih banyak mengeksplorasi kemungkinan bencana ke Bumi yang disebabkan oleh Bulan. 'Moonfall' mengisahkan bulan yang akan bergerak daripada paksinya dan bakal jatuh ke bumi.

Situasi ini hanya disedari oleh dua orang bekas angkasawan dan seorang pencetus teori konspirasi.

Tinggal hanya beberapa minggu sebelum impak dan dunia di ambang kehancuran, eksekutif NASA yakin dia mempunyai kunci untuk menyelamatkan bumi.

Bagaimanapun hanya bekas seorang angkasawan, Brian Harper dan seorang pencetus teori konspirasi KC Houseman yang mempercayainya.

Demi menyelamatkan bumi, mereka melakukan misi terakhir yang mustahil di mana mereka akan bulan dan meninggalkan semua tersayang hanya untuk mengetahui bahawa Bulan tidak seperti yang kita fikirkan.

Sepanjang misi, banyak cabaran yang terpaksa ditempuh mereka. Namun, mereka tetap berusaha untuk menyelamatkan kehidupan di bumi.

Mendapat kerjasama dari pihak Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA), gambar bulan yang digunakan adalah betul manakala kapal angkasa juga adalah sebenar di dalam filem ini.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... sebabkan-oleh-bulan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.061016 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list