CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak yakin jadi negeri maju, berpendapatan tinggi pada 2030

[Copy link]
Post time 28-1-2022 07:53 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari semasa menyampaikan amanat pada Majlis Kesyukuran dan Wacana Pemikiran Kepimpinan Ibnu Khaldun, di Dewan Kompleks Islam Sarawak. -Gambar PENERANGAN

KUCHING: Tiada yang mustahil untuk Sarawak mencapai hala tujunya menjadi negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, bagi mencapai hala tuju tersebut, usaha dan kerja keras perlu diketengahkan untuk memajukan Sarawak.

"Ada yang kata mustahil untuk capai hala tuju berkenaan namun bagi saya kita perlu cuba.

"Sekiranya kita (rakyat Sarawak) yang mempunyai kekuatan masing-masing dan kita kerja keras, usaha itu sekali gus dapat memajukan negeri kita," katanya semasa menyampaikan amanat pada Majlis Kesyukuran dan Wacana Pemikiran Kepimpinan Ibnu Khaldun, di Dewan Kompleks Islam Sarawak malam Khamis.

Turut hadir Menteri Muda Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Dr Hazland Abang Hipni, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan tetamu kehormat lain.

Abang Johari menambah, sekiranya Sarawak maju, Malaysia turut maju.

"Apa yang kita tidak mahu ialah Sarawak ke belakang. Selalunya Sarawak sebelum ini menunggu langkah dan tindakan yang dilakukan pihak lain terlebih dahulu.

"Namun, sekiranya kita ubah pemikiran kita menerusi ilmu yang kita ada ia sekali gus dapat merentasi tindakan orang lain," katanya yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru.

Ujarnya, usaha ini juga memerlukan syarat penting iaitu sikap integriti, kepimpinan yang tinggi serta yakin kepada diri sendiri.

"Kita menang sebab kita yakin bahawa Sarawak akan berubah dalam masa 10 tahun menerusi satu dasar yang kita sudah nampak," tambah Abang Johari.

Menerusi kemenangan itu, katanya kerajaan akan guna kuasa sebaik mungkin kerana usaha memajukan Sarawak memerlukan kuasa untuk perubahan.

"Kuasa kita dah ada, kita akan bawa perubahan," ujarnya.


utusanborneo.com.my/2022/01/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.052601 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list