![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20220121/063096d4-e607-4fa5-a759-22c7ade52e11.jpeg)
HIPOTERMIA: Mangsa yang mengalami kesejukan melampau dibawa turun ke Panalaban.
RANAU: Seorang pendaki wanita mengalami hipotermia iaitu kesejukan melampau semasa dalam perjalanan turun dari puncak Gunung Kinabalu di sini kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Taib berkata Pasukan Bantuan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) kemudiannya menjalankan operasi membantu mangsa turun dalam kejadian jam 10 pagi itu.
“MOSAR terlebih dahulu memberikan rawatan awal kepada mangsa di Kilometer 7.2 sebelum dibawa turun ke Panalaban dengan memikul mangsa iaitu menggunakan teknik piggy back carry.
“Semasa tiba di Panalaban, keadaan mangsa bagaimanapun beransur pulih dan mangsa bergerak sendiri turun dengan diiringi malim gunung ke Timpohon Gate,” katanya.
Tambahnya mangsa yang sudah stabil tidak memerlukan bantuan lanjut daripada pihak Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) serta pihak ambulans.
utusanborneo.com.my/2022/01/21 |