Edited by Vellfire at 14-1-2022 12:39 PM
SIBU: Sesi persekolahan SK Naman, Jalan Sibu-Durin dekat sini telah mengalami sedikit gangguan apabila jalannya mula dinaiki air, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya hari ini berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral telah melakukan pemantauan banjir di sekolah tersebut.
Menurut jurucakapnya, pemantauan banjir pada jam 9.55 pagi hingga jam 11.30 pagi di sekitar kawasan SK Naman mendapati ketinggian air semasa adalah di paras lutut dan cuaca mendung.
“Keadaan masih terkawal dan pihak sekolah belum bersedia untuk berpindah. Setakat ini cuma jalan menuju ke sekolah ditenggelami air paras lutut,” ujarnya.
Untuk rekod, SK Naman mempunyai 15 orang kakitangannya serta 58 orang murid dan sekolah tersebut terletak kira-kira 34 km dari balai.
by suaraswk
January 14, 2022
|