Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Laits, daripada Az Zuhri, daripada 'Urwah, daripada 'Aisyah r.a.,
"Orang-orang Quraisy sedang menghadapi persoalan yang menggelisahkan. Iaitu tentang seorang wanita Bani Makhzum yang mencuri.
Lalu mereka (orang ramai) berkata, "Siapa yang mahu merundingkan masalah ini kepada Rasulullah s.a.w.?".
Sebahagian mereka berkata, "Tidak ada yang berani mengadap Rasulullah s.a.w. kecuali Usamah bin Zaid, orang kesayangan Rasulullah s.a.w."
Diceritakan oleh Ali, diceritakan oleh Sufyan, daripada Ayyub bin Musa, daripada Az Zuhri, daripada 'Urwah, daripada 'Aisyah r.a.,
"Seorang wanita daripada Bani Makhzum mencuri.
Mereka (orang ramai) berkata, "Siapa yang akan menyampaikannya kepada Nabi s.a.w.?"
Ternyata, tidak ada seorang pun yang berani mengutarakannya. Maka Usamah bin Zaid menyampaikan masalah tersebut.
Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apakah kamu meminta keringanan atas pelanggaran terhadap hukum Allah?"
Kemudian Rasulullah s.a.w. berdiri menyampaikan khutbah lalu bersabda, "Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian menjadi binasa kerana apabila ada orang daripada kalangan terhormat mereka mencuri, mereka membiarkannya.
Sebaliknya apabila ada orang daripada kalangan rendah mereka mencuri, mereka menegakkan hukuman atasnya.
Demi Allah, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti aku potong tangannya."
(Hadith Bukhari no. 3453)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|