CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

[Borneo] Amal '3T' elak jadi mangsa sindiket penipuan dalam talian

[Copy link]
Post time 12-1-2022 03:35 PM | Show all posts |Read mode


KANGAR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis menasihati orang ramai agar mengamalkan ‘3T’ bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiket  penipuan dalam talian.

Ketua Jabatan Jenayah Komersial IPK Perlis DSP Mohd Nor Daud berkata amalan 3T iaitu tanya, teliti dan tidak tamak perlu diamalkan oleh orang ramai setiap kali ingin membuat pembelian dalam talian agar tidak berlaku kerugian harta benda.

“Orang ramai diminta agar sentiasa bertanya sebelum membuat pembelian atau pelaburan dalam talian, sebagai contoh sebelum membuat pelaburan mereka (orang ramai)  perlu bertanya tentang nama syarikat, alamat syarikat dan punca pelaburan terlebih dahulu.

“Selain itu, orang ramai perlu ada sikap teliti iaitu menilai sama ada harga ditawarkan adalah munasabah atau tidak, sebagai contoh adalah tidak logik sekiranya barang berjenama dijual pada harga begitu rendah daripada harga pasaran, pasti ada sesuatu tidak kena,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohd Nor berkata  ‘T’ yang ketiga adalah perlu ada sikap tidak tamak atau mudah teruja dengan harga murah yang ditawarkan oleh penjual sebaliknya bertanya dan membuat perbandingan harga terlebih dahulu.

“Masyarakat juga perlu ingat bahawa jenayah komersial adalah satu jenayah yang unik kerana pelakunya mempunyai kemahiran, pengetahuan dan keyakinan tinggi bagi memperdaya mangsa, oleh itu orang ramai perlu sentiasa berhati-hati ketika membuat pembelian dalam talian,” katanya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan menjadi ‘keldai akaun’ iaitu memberi maklumat akaun bank.

“Keldai akaun boleh juga dikenakan tindakan undang-undang kerana bersubahat membuat penipuan, oleh itu kita nasihatkan agar mangsa yang menjadi ‘keldai akaun’ segera membuat laporan polis bagi memastikan tindakan diambil,” katanya.

Katanya, orang ramai juga diingatkan supaya tidak mudah memberi nombor akaun bank kepada individu tidak dikenali.

Mohd Nor berkata sejak kebelakangan ini terdapat sindiket penipuan yang menguna kaedah baharu bagi menipu mangsa iaitu membuat panggilan video dengan menyamar sebagai pegawai penguat kuasa.

“Walaupun masih belum ada kes di Perlis, orang ramai dinasihati agar berhati-hati sekiranya menerima panggilan video kerana jabatan kerajaan atau bank tidak pernah menghubungi orang ramai menerusi  panggilan tersebut,” katanya. - Bernama


utusanborneo.com.my/2022/01/12
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:37 PM GMT+8 , Processed in 1.183526 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list