CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Sarawak] Produk sulaman dapat sambutan

[Copy link]
Post time 11-1-2022 11:45 PM | Show all posts |Read mode


CANTIK DAN PELBAGAI… Sunita Andrew menunjukkan hasil sulaman tangan bercorak

ukiran tradisional yang dihasilkannya untuk dibeli oleh pelanggan.

KUCHING: ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ merupakan peribahasa yang mencerminkan keperibadian seorang anak Sarawak yang mencari rezeki menerusi jualan produk berasaskan sulaman di Semenanjung Malaysia.

Sunita Andrew Lunti atau mesra disapa Su, 35 berkata, beliau tidak pernah menghadiri kursus atau kelas khas berkaitan sulaman dan melakukannya berdasarkan kreativiti dan minat yang mendalam dalam bidang tersebut.

“Saya mula mendapat inspirasi setelah melihat pelbagai perkongsian menerusi media sosial Facebook dan saya usahakan untuk mencari idea bagi setiap ukiran sulaman tersebut.

“Antara produk berasaskan jahitan sulaman yang saya hasilkan dan jual ialah ‘selampai’ lelaki dan wanita, termasuk buat kanak-kanak, hiasan dinding dan sarung bantal sofa dan semua ini dihasilkan menerusi sulaman tangan,” jelasnya.

Su yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak lapan tahun memberitahu, beliau sentiasa mendapat sokongan padu daripada suami, ahli keluarga dan rakan-rakan untuk terus menghasilkan produk sulaman tersebut.

“Setakat ini, saya bersyukur kerana saya mendapat tempahan yang memberangsangkan dari para pembeli.

“Semua produk yang dihasilkan adalah idea asal saya sendiri dan saya membuat sulaman yang ditempah berdasarkan permintaan para pelanggan.

“Saya mengusahakan perniagaan ini bermula dari rumah dan kini masih bekerja dari rumah sejak dari tahun 2019 dan saya sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain,” tambahnya.

Ketika dihubungi Utusan Sarawak, anak jati Iban yang berasal dari Bintangor tersebut menzahirkan harapan untuk memiliki galeri serta kedai perniagaan sulaman miliknya sendiri suatu hari kelak.


January 11, 2022
Utusan Sarawak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:08 PM GMT+8 , Processed in 1.528127 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list