CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 531|Reply: 0

[Sarawak] Isytiharkan Hari Gawai dan Kaamatan cuti umum seluruh negara

[Copy link]
Post time 7-1-2022 04:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-1-2022 08:33 AM



Gambar hiasan Bernama

MIRI: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, hari ini menggesa Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya mengisytiharkan perayaan Hari Kaamatan di Sabah dan Hari Gawai Dayak di Sarawak, sebagai cuti umum di seluruh negara.

Persatuan Pemikir Dayak Sarawak (DTTAS) dan Kongress Kebangsaan Dayak (DNC) berkata, seiring dengan usaha Perdana Menteri yang baru itu (Ismail) melancarkan konsep Keluarga Malaysia, maka sudah tiba masanya bagi Kerajaan Persekutuan mengiktiraf cuti perayaan Hari Gawai Dayak yang disambut pada 1 Jun di Sarawak dan Pesta Kaamatan pada 31 Mei di Sabah, sebagai cuti umum.

"Oleh kerana Hari Kaamatan di Sabah diraikan pada 30 and 31 Mei dan Gawai Dayak di Sarawak diraikan pada 1 dan 2 Jun, kita cadangkan cuti umum di seluruh negara bagi Hari Kaamatan dan Gawai Dayak ialah pada 31 Mei dan 1 Jun.

"Manakala hari cuti tambahan, iaitu 30 Mei bagi Pesta Kaamatan dan 2 Jun bagi Hari Gawai Dayak tetap digunapakai oleh Sabah dan Sarawak masing-masing. Jika dipersetujui, ia harus digazetkan untuk cuti umum bagi seluruh negara mulai tahun ini," demikian menurut kenyataan bersama itu, hari ini.


Wellie

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh pengasas yang juga penasihat DTTAS, Wellie Henry Majang dan presiden DNC Paul Raja, di sini, hari ini.

"Pengisytiharan cuti 31 Mei dan 1 Jun bagi seluruh Malaysia ini juga amat penting, ia dilihat memberi gambaran layanan yang lebih baik daripada Kerajaan Persekutuan terhadap Wilayah Sabah dan Sarawak.

"Pengisytiharan cuti 31 Mei dan 1 Jun ini juga akan memberi peluang kepada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus dan Dayak yang berkerja dan tinggal di merata tempat di seluruh Malaysia dapat meraikan perayaan Hari Kaamatan dan Gawai Dayak ini kediaman masing-masing terutama sekali bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman mereka di Sabah dan Sarawak," demikian jelas mereka dalam kenyataan itu lagi.

Sambutan di tempat kerja dan kediaman mereka ini juga akan memberi pengetahuan, pemahaman budaya dan tradisi kepada rakan dan taulan mereka keunikan masyarakat majmuk di Malaysia, jelas Wellie.

Kedudukan Sabah dan Sarawak dalam persekutuan Malaysia adalah unik. Kedua-dua negeri ini membantu menubuhkan negara Malaysia.

Pemimpin terdahulu yang menandatangani Perjanjian Malaysia (MA63), adalah dengan niat yang baik dan percaya bahawa mereka menyumbang kepada pembangunan negara dengan melakukan persetujuan dalam semangat perkongsian dan kemakmuran bersama.

"Prinsip dan Fundamental Persekutuan telah dimeterai untuk menyatukan kepelbagaian dalam kalangan ketiga-tiga entiti ini menggabungkan Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur," demikian menurut Paul.

Kedua-dua NGO itu juga harap bahawa tindakan ini adalah satu daripada langkah menghormati hak rakyat Sabah dan Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63) yang harus dihormati oleh semua pihak.


Paul

"Kita semua harus mengambil sikap bertanggungjawab dalam mengukuhkan perpaduan dan semangat hormat menghormati antara kaum.

"Amalan hormat-menghormat antara pelbagai agama dan kaum adalah kekuatan kestabilan politik, keamanan dan keharmonian dalam kepelbagaian masyarakat di Sarawak dan Sabah selama ini. Oleh itu kita harap ianya dapat dipupuk di seluruh Malaysia dengan adanya Perayaan Kaamatan dan Gawai Dayak di seluruh negara," menurut kenyataan itu lagi.

Kedua-dua NGO terbabit dalam kenyataan mereka memberitahu penyediaan kalendar kebangsaan, perancangan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan kerap tidak mengambil kira perayaan, kewujudan atau keperluan kakitangan kerajaan yang berasal dari Sabah dan Sarawak.

"Jadi kami mencadangkan agar Kerajaan Persekutuan mengambil inisiatif untuk menangani kurang kesedaran mengenai perayaan suku kaum di Sarawak dengan mengisytiharkan Hari Kaamatan dan Gawai Dayak sebagai Cuti Umum bagi seluruh Malaysia.

"Kami berharap, tindakan ini, jika diambil oleh Kerajaan Persekutuan akan melindungi kepentingan Adat, Budaya dan Perayaan Orang Asal Sabah dan Sarawak," jelas kenyataan itu lagi.


utusanborneo.com.my/2022/01/07
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.036027 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list