CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 587|Reply: 0

[Sabah] Kereta terbabas, ibu dan bayi maut dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 30-12-2021 07:32 PM | Show all posts |Read mode


REMUK: Kenderaan yang dinaiki mangsa remuk teruk akibat dari kemalangan itu. Gambar ihsan bomba

PAPAR: Seorang lagi mangsa iaitu ibu kepada bayi yang maut dalam kemalangan di Kilometer 40 Jalan Kimanis-Keningau dekat sini turut disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Daerah Papar.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam semalam, wanita terbabit duduk di bahagian hadapan sambil memangku bayinya yang berusia setahun.

Katanya, akibat dari kemalangan itu, mangsa dan bayinya tercampak keluar selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, sebelum kejadian mangsa sekeluarga bergerak dari arah Keningau menuju ke Papar.

Ketika menuruni jalan bukit berselekoh dalam keadaan hujan lebat, pemandu yang juga suami mangsa berusia 40-an, dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas dan merempuh bukit.

"Kenderaan berkenaan dilaporkan berpusing beberapa kali sehingga mengakibatkan seorang bayi yang berada di pangkuan ibunya tercampak dari kenderaan.

"Akibat dari kemalangan terbabit, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala ibu mangsa yang parah dihantar ke Hospital Papar," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Beliau berkata, wanita berkenaan kemudiannya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di hospital.

Menurutnya, pemandu bersama dua lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak berumur 12 tahun dan wanita berusia 20-an turut mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Batholomew berkata, hasil siasatan awal mendapati pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika menuruni jalan bukit berselekoh dan terus melanggar bukit.

Bagaimanapun pihaknya masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


utusanborneo.com.my/2021/12/30

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.147092 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list