MAUT: Mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
KINABATANGAN: Seorang wanita maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Paris Satu, Kampung Paris, tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat mengalami kecederaan parah.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.03 tengah hari.
Katanya, susulan itu seramai enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan telah bertembung dengan lori yang membawa muatan simen.
“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaannya sebelum kes tersebut diserahkan kepada pihak polis,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini identiti mangsa yang maut dalam kemalangan tersebut masih belum dikenal pasti.
“Pasukan bomba melakukan pemeriksaan bagi memastikan lokasi kemalangan berada dalam keadaan selamat sebelum operasi ditamatkan pada jam 2.48 petang,” katanya.
utusanborneo.com.my/2021/12/30 |