CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 0

[Sarawak] Tiada aktiviti sambutan tahun baharu 2022 di Sarawak

[Copy link]
Post time 29-12-2021 10:12 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING:  Tiada sebarang aktiviti sambutan tahun baharu 2022 dibenarkan di negeri ini.

Hal ini menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak adalah kerana negeri ini masih dalam fasa tiga pelan pemulihan negara (PPN).

Untuk itu, katanya dalam satu kenyataan, masa beroperasi semua premis dihadkan hingga 12 tengah malam.

Jelas JPBNS lagi,  operator premis perniagaan yang tidak mematuhi arahan itu akan dikenakan tindakan kompau.

Sehubungan itu, katanya, pihak penguatkuasa akan mempertingkatkan operasi bersepadu bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

Sektor pusat permainan kanak-kanak (arked) di pusat beli-belah pula dibenarkan beroperasi mulai 1 Jan 2022 dengan mematuhi SOP yang disediakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

“Operator pusat permainan kanak-kanak perlu memohon kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum dibenarkan memulakan operasi,” menurut kenyataan itu lagi.


sarawakvoice.com/2021/12/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.100564 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list