CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 577|Reply: 0

[Sarawak] Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia dilanjut hingga 4 Februari

[Copy link]
Post time 29-12-2021 10:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-12-2021 02:04 AM



KUCHING: Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dilanjutkan sehingga 4 Februari 2022 melibatkan 12 jenis barangan makanan keperluan asas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelanjutan tempoh berbanding jadual asal sehingga 31 Disember 2021 itu hasil daripada maklum balas yang diterima.

“SHMKM dilaksana bermula 7 hingga 31 Disember ini, namun dilanjutkan sebagai langkah berterusan untuk menstabilkan harga barangan serta memastikan keberadaan bekalan.

“Justeru tarikh baharu pelaksanaan berkuat kuasa dari 1 Januari hingga 4 Februari depan, iaitu selama 35 hari dengan melibatkan barangan makanan keperluan asas dalam kategori ayam, telur ayam dan sayur-sayuran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya barang-barang harga kawalan yang terlibat dengan SHMKM adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B, C, kacang panjang, cili merah, tomato, sawi, kobis bulat import dan timun.

“Terdapat empat jenis barangan yang terlibat dengan pelarasan harga dalam SHMKM yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari hingga 4 Februari iaitu ayam, telur ayam, sawi dan kacang panjang untuk lokasi-lokasi terpilih,” jelasnya.

Orang ramai dan peniaga boleh merujuk di portal rasmi https://www.kpdnhep.gov.my/ms/pe ... ia-28-dis-2021.html untuk senarai daftar barangan dan harga yang terlibat dalam skim ini.


by Suaraswk
December 28, 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.289597 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list