CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 509|Reply: 0

[Sabah] Pengembara 11 negara wajib jalani kuarantin sebelum masuk Sabah

[Copy link]
Post time 29-12-2021 09:57 AM | Show all posts |Read mode


SUASANA di balai pelepasan penerbangan domestik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. FOTO Arkib NSTP

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menetapkan pengembara dari 11 negara dikehendaki menjalani kuarantin wajib sebelum memasuki negeri itu berkuat kuasa 28 Disember (Selasa) ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, pengembara yang terbabit adalah dari United Kingdom, Arab Saudi, Australia, Norway, Perancis, Kanada, Denmark, Nigeria, Amerika Syarikat, India dan Pakistan.

“Pengembara hendaklah menjalani kuarantin wajib melalui Pintu Masuk Antarabangsa Pertama di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan sebelum dibenarkan untuk memasuki atau meneruskan penerbangan ke Sabah,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Sementara itu, Masidi berkata, Sabah merekodkan 108 kes Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kumulatif 239,590 kes dengan satu kematian dilaporkan di Kota Belud.

“Bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 222 menjadikan jumlah kumulatif (sembuh) 232,293 orang, manakala 678 pesakit sedang menerima rawatan,” katanya.
-BERNAMA


suarasabahtoday.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.833013 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list