CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 502|Reply: 0

[Sabah] Sabah rekod satu kematian disebabkan COVID-19

[Copy link]
Post time 29-12-2021 09:54 AM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan satu kematian baharu disebabkan COVID-19 pada 28 Disember 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun kematian berkenaan tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam.

"Sabah juga merekodkan bilangan pesakit COVID-19 sembuh seramai 326 orang menjadikan jumlah kumulatif 232,915 orang.

"Manakala 655 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 361 orang di hospital, 292 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan dua orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) atau penjara," katanya.

Beliau berkata, bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 35 orang merangkumi 33 Unit Rawatan Rapi serta dua di open ward.

Katanya, 10 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan. Manakala bilangan pesakit tahap empat dan lima yang masih belum lengkap vaksin ialah 16 orang.

Dalam pada itu katanya, penduduk Sabah yang menerima vaksin setakat 27 Disember 2021 adalah seramai 2,325 orang.

"Daripada jumlah ini, seramai 2,257 orang adalah penduduk dewasa dan 68 orang adalah penduduk remaja.

"Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 setakat 27 Disember 2021 adalah seramai 2,448,108 orang.

"Ini meliputi 2,112,095 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 76.57 peratus jumlah penduduk dewasa," katanya.

Manakala katanya, bagi penduduk Sabah yang menerima dos lengkap adalah seramai 2,401,934 orang. Daripada jumlah ini, seramai 2,091,118 orang  adalah penduduk dewasa.

Menurutnya, seramai 336,013 orang penduduk remaja telah menerima 1 dos vaksin, manakala penduduk remaja yang telah lengkap dos vaksin adalah seramai 310,816 orang setakat ini.


utusanborneo.com.my/2021/12/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.382293 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list