CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 0

[Sarawak] Ketua masyarakat Baram minta Penguang dilantik menteri penuh

[Copy link]
Post time 29-12-2021 09:48 AM | Show all posts |Read mode


MARUDI: Ketua masyarakat kawasan Baram meminta agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr Penguang Manggil (gambar) dilantik sebagai menteri penuh dalam kabinet baharu kerajaan Sarawak.

Ketua masyarakat tersebut ialah Pemanca Enggah Muga mewakili masyarakat Iban Daerah Beluru; Pemanca Jamel Sabil (Melayu Daerah Marudi/Baram); Pemanca Wong Kiong Ching (Cina Daerah Marudi/Baram); Penghulu Patrick Jeleman (Orang UIu Daerah Beluru) dan Penghulu Larek Mat (Penan Daerah Beluru).

Mereka menyokong sepenuhnya agar Penguang diberi peluang untuk memegang jawatan itu setelah kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).

“Kami ingin menarik perhatian Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjalankan hak istimewa beliau  untuk memilih Penguang sebagai menteri penuh dalam jemaah menteri baharu kelak,” kata mereka dalam satu kenyataan bersama pada Selasa.

Pada PRN12, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Menurut mereka, pelantikan Penguang sebagai menteri penuh wajar berdasarkan beberapa justifikasi.

“Beliau sangat senang bekerjasama dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang dan beliau sangat berpegang kepada prinsip semangat berpasukan.”

“Ini juga terbukti melalui kejayaan beliau memenagi PRU12 dengan majoriti yang sangat besar, walaupun terpaksa mengharungi pelbagai tohmahan dan taktik kotor pihak lawan,” kata mereka.

Selain itu, Penguang juga menunjukkan prestasi cemerlang ketika menyandang jawatan sebagai menteri muda kerajaan tempatan pada 2016 hingga tahun ini.

“Sebagai anak jati tempatan di pedalaman Baram, beliau sangat memahami keperluan dan isu yang dihadapi peduduk di sini. Kami yakin Ketua Menteri akan mempertimbangkan permohonan kami ini dengan penuh kebijaksanaan, demi masa depan masyarakat luar bandar dan pedalaman Sarawak,” kata mereka.


utusanborneo.com.my/2021/12/29

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.393878 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list