CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 537|Reply: 0

[Sabah] PPM gagalkan aktiviti bom ikan

[Copy link]
Post time 28-12-2021 09:02 PM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Peralatan bom ikan dan perahu dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu.

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menggagalkan aktiviti menangkap ikan menggunakan bom, di perairan Pulau Sakar, di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata pasukannya mengesan sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

“Pasukan keselamatan mendekati perahu berkenaan untuk tujuan pemeriksaan ke atas suspek dan barang yang dibawanya.

“Bagaimanapun, suspek yang menyedari kehadiran pasukan keselamatan bertindak memecut laju dan meninggalkan perahunya di Pulau Malamok,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.

Katanya, pemeriksaan ke atas perahu suspek berjaya menemukan beberapa botol berisi baja ammonuium nitrat dipercayai digunakan untuk bom ikan.

“Semua barang rampasan termasuk perahu berkenaan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,400 dan kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985,” katanya.

Gan berkata PPM wilayah 4 Sabah mengalu-alukan seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah di kawasan mereka.

“Maklumat boleh dilaporkan secara terus menggunakan aplikasi whatsapp kepada Pusat Komunikasi PPM Sabah ditalian 0139391197,” katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/28

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.047620 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list