KUCHING: Dua rumah musnah dalam insiden kebakaran yang berlaku di Kampung Ajibah Abol di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak berkata pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 5.03 petang sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padungan ke lokasi.
"Sebuah rumah 100 musnah manakala rumah bersebelahan musnah 90 peratus ketika pasukan bomba tiba dilokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Api dapat dikawal pada 5.26 petang.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
utusanborneo.com.my/2021/12/27 |