KABONG: Sebanyak 89 pasukan Petanque telah menyertai Kejohanan Petanque Triple Open 2021 Piala Mohd Chee Kadir yang diadakan di Gelanggang Petanque Pantai Tanjong Kembang pada Ahad.
Dalam ucapan perasmian, Mohd Chee Kadir berkata, Kabong dapat dijadikan lokasi kejohanan petanque di peringkat antarabangsa serta akan menambah baik gelanggang petanque di kawasan Kabong untuk tujuan tersebut.
Kejohanan petanque anjuran Persatuan Petanque Sarawak berobjektif memperkenalkan Kabong sebagai destinasi pertandingan petanque terkemuka di Sarawak.
Selain itu pertandingan ini juga bertujuan melahirkan bakat-bakat baru di kalangan remaja dan menjadikan petanque sebagai sukan utama di Kabong.
89 pasukan yang menyertai kejohanan ini adalah dari Bintulu, Mukah, Daro, Sarikei, Sibu, Bemmel Bintangor, Kuching, Samarahan, Semerak, Simanggang, Saratok, Kabong Unit PGA, Penjara, Kuching Water Board, Jabatan Perhutanan, Jabatan Tanah dan Survei serta kakitangan Jabatan Pendidikan.
sarawakvoice.com/2021/12/26 |