CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 26/12/2021

[Copy link]
Post time 26-12-2021 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 28-12-2021 05:09 AM



Jumlah kes harian di Sabah terus terkawal, stabilKOTA KINABALU: Jumlah kes harian di Sabah menampakkan kestabilan dengan meneruskan trend penurunan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Sabah merekodkan 108 kes baharu hari ini, 19 kes lebih rendah berbanding hari sebelumnya.

"Ranau merekodkan kes baharu yang paling tinggi iaitu 26 kes berbanding hanya 10 kes pada hari sebelumnya.

"Ranau bersama Tuaran 16 (-6), Kota Kinabalu 14 (-17) dan Penampang 10 (-2) adalah empat daerah yang masih mencatat kes-kes baharu pada kadar dua angka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, semua daerah lain hanya mencatat kes baharu satu angka dengan sembilan daerah tanpa sebarang kes baharu.

Katanya, sebanyak 104 kes daripada 108 kes semalam adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua kes dalam Kategori 3 dan masing-masing satu kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

"Berasaskan kepada jumlah kes harian pada 25 Disember 2021, jangkaan kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi seluruh negara ialah 0.88 dan bagi Sabah 0.81.

"Kadar R0/RT yang lebih rendah adalah penanda aras kedudukan jangkitan yang semakin berkurangan dan terkawal," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.047128 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list