CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 524|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas tersepit akibat kemalangan selamat dikeluarkan

[Copy link]
Post time 26-12-2021 03:42 PM | Show all posts |Read mode


Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam nahas jalan raya di Batu 16 Jalan Balai Ringin, di sini hari ini.

SERIAN: Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila tersepit selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Batu 16 Jalan Balai Ringin, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba (PGO) dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya menerima laporan kejadian sekitar 9.56 pagi sebelum mengerahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi.

Menurutnya, setiba di lokasi Komander Operasi melaporkan kemalangan itu melibatkan dua kenderaan pikap.

"Dalam kemalangan tersebut, mangsa lelaki, 74 tahun tersepit manakala pemandu sebuah lagi pikap iaitu wanita berjaya keluar dari kenderaan miliknya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang tersepit bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba manakala wanita terbabit patah jari kiri.

Jelasnya, mangsa tersepit seterusnya diserahkan kepada Unit EMRS untuk rawatan awal sebelum di hantar ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan sekitar jam 11.02 pagi selepas anggota bomba membersihkan lokasi kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna.


utusanborneo.com.my/2021/12/26

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.331904 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list