View: 1447|Reply: 4
|
MAJLIS ILMU WEBINAR TENTANG BANJIR - MUSIBAH atau IMARAH?
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 24-12-2021 09:21 PM
Assalamualaikum warahmatullah ,
kepada warga pembaca budiman,
Berikut saya paparkan penerangan tentang webinar khas yang berkisar tentang isu hangat sekarang ini - BANJIR - antara Musibah dan Imarah
Sinopsis:
Webinar KHAS Islam dan Alam Sekitar 2021.
"Banjir: Antara Musibah dan Imarah
"https://www.facebook.com/RZSCASIS.UTM/photos/a.216215151739217/5184384488255567/
Negara kita sedang dilanda ujian banjir yang sangat luar biasa. Pada ketika ini pun usaha-usaha memberi bantuan dan membersihkan premis dan rumah yang dilanda banjir giat dilakukan oleh agensi kerajaan, NGO, dan individu yang perihatin. Akibat dari banjir besar ini, banyak kerosakan berlaku, termasuk kehilangan nyawa dan harta benda. Menurut Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), negara kita memang terdedah dengan hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir, namun banjir kali ini amat luar biasa kerana curahan hujan yang sangat tinggi yang berlaku dalam 100 tahun.
Berkaitan dengan hujan, Allah ada sebutkan dalam al-Qur'ān, Sūrah al-Ṭāriq: 11, "Demi langit yang mempunyai 'kepulangan" (wa al-samā'i dhāt al-raj'). Maksud 'kepulangan' (al-raj') ialah 'hujan', sebagai satu sunnatullah yang terjadi kerana haba-haba diserap ke udara dan menjadi gumpalan awan dilangit yang seterusnya menurunkan hujan. Hujan yang membawa air sebenarnya adalah rahmat kerana air adalah sumber penting bagi kehidupan termasuk manusia.
Namun hujan yang berlebihan juga boleh terjadi kerana bumi sudah terlalu panas akibat pengeluaran haba-haba yang melampau di udara. Ini ditambah dengan pembangunan tidak terancang dan melulu yang mengakibatkan lagi pengurusan air hujan tidak mengalir dengan baik. Oleh kerana itu banjir besar yang berlaku tidaklah keterlaluan dikatakan sebagai musibah di atas sikap manusia sendiri.
Pada masa yang sama, kita harus bermuhasabah untuk mengimarahkan alam ini dengan lebih baik supaya musibah seperti banjir besar boleh dielakkan. Oleh itu Webinar Khas ini diadakan sebagai satu usaha pendidikan dan kesedaran dengan mendapatkan buah fikiran dari dua tokoh yang dijemput untuk memahami punca musibah ini dan seterusnya jalan keluar untuk mengimarahkan alam ini dengan cara yang lebih baik berdasarkan ilmu, pengalaman sejarah, dan adab.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 24-12-2021 05:07 PM
Ahli-ahli panel:
1. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang (Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA))
2. Prof. Dr. Muhammad Zainiy Uthman (Profesor, Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains, dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), UTM)
Moderator: Dr. Mohd. Hilmi Ramli (Pensyarah, Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains, dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS-CASIS), UTM)
Tarikh: 25 Disember 2021
Hari: Sabtu
Masa: 10.00pagi-12.00tengah hari
Boleh juga ditonton di Facebook Live: https://www.facebook.com/RZSCASIS.UTM/?__cft__[0]=AZUrv2tq1Bk9w_N9QI24AwwaqKRvrOd82CgsbZw5SAkYPvaWxWaxIx6_rqr0rYzoL3p9WROXQKiDhy6sCt1flVesBQdcbc8tJ4Xp7B6En6LepvNuGRqbdOG4alyPFuio4FHx8qLLX43l_49QtqIFYcFd&__tn__=kK*F
https://www.facebook.com/KementerianAlamSekitarDanAir/?__cft__[0]=AZUrv2tq1Bk9w_N9QI24AwwaqKRvrOd82CgsbZw5SAkYPvaWxWaxIx6_rqr0rYzoL3p9WROXQKiDhy6sCt1flVesBQdcbc8tJ4Xp7B6En6LepvNuGRqbdOG4alyPFuio4FHx8qLLX43l_49QtqIFYcFd&__tn__=kK*F
|
|
|
|
|
|
|
|
MALAM NI , INI JUGA MENARIK, YG ATAS TU ESOK inshaa ALLAH
Ini pula untuk malam ni
menarik juga
Musibah Banjir: Ikhtiar Mengurang Risiko
Saksikan Ruang Bicara eksklusif bersama YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KASA pada ketetapan berikut:
???? 24 Disember 2021 (Jumaat)
⏰ 9.00 hingga 10.00 malam
???? Live Facebook Bernama TV & YouTube Bernama TV
????Astro 502 | unifi TV 631 | myFreeview 121
|
|
|
|
|
|
|
| |
|