View: 1021|Reply: 0
|
Cools sedia sekat Garuda
[Copy link]
|
|
Cools sedia sekat Garuda
Kelihatan Dion Cools (kiri) dan rakan sepasukan ketika sesi meninjau Stadium Nasional Singapura yang akan dijadikan venue aksi terakhir Kumpulan B babitkan pertemuan antara Malaysia dan Indonesia, Ahad ini. FOTO FAM
Singapura: Tonggak pertahanan kacukan, Dion Cools nampaknya tidak berdepan masalah untuk diturunkan pada Ahad ini selepas dia dilihat sudah bersama rakan sepasukan lain dalam skuad Harimau Malaya.
Berdasarkan peraturan semasa di Singapura, mana-mana individu luar yang baru tiba ke negara itu perlu menjalani ujian calitan RT-PCR di Lapangan Terbang Changi, di sini dan perlu menunggu keputusan ujian yang memakan masa sekurang-kurangnya 24 jam.
Sebelum keputusan ujian dikeluarkan, individu terbabit harus duduk di bilik tanpa dibenarkan keluar sehinggalah diuji negatif.
Cools, 25, yang tiba di sini pagi semalam, kini sudah bersama pasukan di mana kelibatnya dilihat ketika tinjauan pasukan di Stadium Nasional Singapura hari ini.
Situasi itu berbeza dengan kem Indonesia sebelum ini yang terpaksa mengasingkan tonggak kacukannya, Elkan Baggott yang terbang dari England selepas diklasifikasikan sebagai kontak rapat individu positif Covid-19 yang menaiki pesawat sama.
Perkembangan itu pastinya melegakan kem negara yang sememangnya mengharapkan sentuhan pemain FC Midtjylland di Liga Denmark itu selepas kehilangan dua tonggak pertahanan tengah.
Kecederaan yang menimpa Aidil Zafuan Abd Radzak dan Shahrul Saad bakal diisi oleh Cools bersama seorang lagi pemain iaitu Dominic Tan untuk aksi terakhir Kumpulan B bertemu Indonesia Ahad ini.
Pengalaman luas Cools ditagih bagi memastikan tiga mata penuh berjaya diraih sekali gus membantu pasukan mara ke separuh akhir pada kempen kali ini.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -sedia-sekat-garuda
|
|
|
|
|
|
|
| |
|