Edited by boca120879 at 5-2-2022 01:13 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, daripada Malik bin Anas, daripada Sumayya (hamba Abu Bakr), daripada Abu Shalih As Samman, daripada Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pada suatu ketika, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia bertemu dengan sebuah sumur (telaga), maka dia turun ke sumur itu untuk minum.
Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan.
Orang itu berkata dalam hatinya, "Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru aku alami."
Lalu dia turun kembali ke sumur, kemudian dia menceduk air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diminumkannya kepada anjing itu.
Maka Allah berterima kasih kepada orang itu (diterima-Nya amalnya) dan diampuni-Nya dosanya.
Para sahabat bertanya, "Ya, Rasulullah! Dapat pahalakah kami apabila menyayangi haiwan-haiwan ini?"
Rasulullah s.a.w. menjawab, "Menyayangi setiap makhluk hidup
adalah berpahala."
(Hadith Muslim no. 4162)
Nota penting: Untuk pemahaman yang lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|