CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 0

[Pahang] JPNP kutip kompaun RM1.71 juta kesalahan hutan

[Copy link]
Post time 9-12-2021 01:21 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Kuantan: Sejumlah RM1.71 juta kompaun dan ganti rugi berkaitan kes hutan dikutip kerajaan negeri bagi tempoh 1 Januari hingga 15 November lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kutipan itu membabitkan 68 kes kesalahan hutan yang direkodkan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Katanya, daripada jumlah kes kesalahan hutan itu, 51 kes membabitkan pencerobohan hutan, sembilan kes kesalahan transit dan empat kes perlombongan haram dalam hutan simpan.

"Masing-masing dua kes membabitkan kesalahan kawasan lesen tanah kerajaan dan kes berkaitan dengan industri berasaskan kayu.

"Oleh itu, jumlah kompaun dan ganti rugi yang dikutip oleh JPNP bagi tempoh Januari Hingga 15 November lalu adalah RM1,715,630.43," katanya ketika menjawab soalan Datin Samsiah Arshad (BN-Bukit Ibam) yang ingin tahu jumlah tindakan dan denda dikenakan terhadap penceroboh hutan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-14 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sehingga November tahun ini, kawasan berhutan adalah berjumlah 2,039,816 juta hektar atau 57 peratus daripada jumlah keluasan keseluruhan Pahang.

Katanya, daripada jumlah itu, luas keseluruhan kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Pahang adalah 1,597,967 44 hektar atau 44 peratus.

"Terdapat empat pecahan kawasan berhutan iaitu HSK (44 peratus), Taman Negara (tujuh peratus), rizab hidupan liar (tiga peratus) dan tanah kerajaan berhutan (tiga peratus)," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.054206 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list