CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 0

[Pahang] Pahang umum Belanjawan 2022 dengan lebihan RM5.79 juta

[Copy link]
Post time 6-12-2021 03:41 PM | Show all posts |Read mode

Wan Rosdy menunjukkan buku Belanjawan Negeri Pahang 2022 yang dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang, di sini pada Isnin.

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang pada Isnin membentangkan Belanjawan 2022 bertemakan 'Kemakmuran Negeri, Manfaat Bersama, Rakyat Sejahtera' dengan anggaran lebihan RM5.79 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, melalui Belanjawan 2022 itu, RM1.031 bilion akan diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus merangkumi perbelanjaan emolumen, perkhidmatan dan bekalan, pemberian bayaran tetap, perbelanjaan lain dan aset.

Menurutnya, anggaran perbelanjaan mengurus untuk tahun 2022 meningkat sebanyak RM235.57 juta atau 29.61 peratus berbanding tahun 2021.

"Bagi perbelanjaan pembangunan, peruntukan disediakan RM323.26 juta melibatkan projek infrastruktur RM171.98 juta dengan pembiayaan cara langsung manakala RM151.28 juta daripada pinjaman bagi membiayai projek bekalan air.

"Kerajaan Negeri menyasarkan kutipan hasil tahun hadapan sebanyak RM1.036 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM236 juta atau 29.4 peratus berbanding anggaran tahun 2021," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Negeri 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang.

Wan Rosdy turut memaklumkan, kutipan hasil tahun 2022 dijangka diperoleh daripada hasil tanah sebanyak RM643.71 juta diikuti hasil perhutanan (RM 150.10 juta), hasil air (RM19.41 juta), geran Kerajaan Pusat (RM101.05 juta) dan lain-lain hasil (RM122.09 juta).

Menurutnya, kutipan hasil negeri dijangka mengalami peningkatan melalui pelaksanaan yang lebih bersepadu bagi kutipan cukai, premium dan hasil tanah.

"Bagaimanapun, jumlah hasil sebenar bergantung kepada prestasi kutipan hasil dan perbelanjaan pada tahun 2022," katanya.

Tambah beliau, kerajaan negeri sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama dalam pentadbiran dengan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara holistik.

"Keutamaan kepada rakyat supaya mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan dalam situasi pandemik Covid-19.

"Belanjawan Tahun 2022 memberi fokus kepada lima strategi utama iaitu memenuhi keperluan dan melengkapkan kemudahan asas rakyat, mensejahterakan kehidupan dan pembangunan sosial ekonomi, pelan pemulihan pasca Covid-19 dan pemantapan pentadbiran," katanya.

Wan Rosdy berkata, antara yang diberi perhatian dalam Belanjawan Negeri 2022 termasuk isu perumahan dan kemudahan rakyat, pembangunan institusi agama Islam, kebajikan orang kurang upaya (OKU), meningkatkan taraf kesihatan rakyat, pendidikan dan pembangunan infrastruktur.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -lebihan-RM579-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.052467 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list