View: 686|Reply: 0
|
[Sarawak]
30 orang ditahan disyaki penagih dadah di Kuching
[Copy link]
|
|
KUCHING: 30 orang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan di beberapa kampung sekitar Kuching pada 24 November hingga semalam.
Kesemua suspek yang ditahan berusia 19 hingga 53 tahun. Menurut info awal 22 individu yang ditahan dari Kampung Siol Kandis, Kampung Tabuan Dayak, Kampung Tabuan Haji Drahman, Kampung Astana Lot, Kampung Sungai Bedil Besar dan Kampung Tanjung Petrajaya.
Tangkapan merangkumi 10 kes di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala enam kes lagi di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Dalam operasi tersebut dadah disyaki syabu seberat 6.84 gram turut dirampas.
Sementara itu, dalam operasi berasingan, lapan individu termasuk dua perempuan ditahan berkaitan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Jalan Tun Abang Haji Openg semalam.
Turut dirampas 10.20gram syabu dan empat biji pil Erimin seberat 0.97gram selain empat daripada suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|