View: 963|Reply: 0
|
[Sarawak]
Hanya RM1 Sahaja, Bus Asia Kini Beroperasi Ulang Alik Dari Mall Kuching Ke Siburan Dan Serian
[Copy link]
|
|
Berita baik buat pekerja-pekerja di mall Kuching!
Hanya RM1 Sahaja, Bus Asia Kini Beroperasi Ulang Alik Dari Mall Kuching Ke Siburan Dan Serian. Kini anda tidak perlu memandu kereta sendiri atau menyuruh ibu bapa bawa anda pergi dan pulang ke rumah kerana mulai hari ini kerana BusAsia kini beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam dari Kuching ke Siburan dan Serian.
Antara mall yang dijadikan tempat perhentian bas tambang RM1 ini ialah Plaza Merdeka, Vivacity Megamall, The Spring, dan Emart Tabuan Jaya.
Anda juga boleh mengesan keberadaan bas 3AC
Bagi anda yang ingin mengesan keberadaan bas tambang tersebut, anda juga boleh memuat turun aplikasi ‘Bus Asia’ di Google Play Store. Di aplikasi tersebut, anda boleh membuat carian untuk bas 3AC. Ianya sangat memudahkan anda untuk mengesan lokasi keberadaan bas di GPS.
Di laman Facebook Bus Asia juga mereka mengemas kini untuk perjalanan bas terakhir dari Kuching ke Serian. Anda boleh klik di pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|