CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 671|Reply: 1

[Sarawak] Kerajaan tiada halangan usaha Sarawak pertingkat fasiliti penerbangan

[Copy link]
Post time 4-12-2021 06:01 PM | Show all posts |Read mode


MUKAH: Kerajaan Persekutuan tiada halangan membenarkan Kerajaan Negeri Sarawak mempertingkat fasiliti lapangan terbang di negeri itu yang memberi manfaat kepada seluruh rakyatnya, selari dengan pembangunan pesat di negeri itu.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata Kementerian Pengangkutan antara lain telah memberikan kelulusan kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk menaik taraf Lapangan Terbang Lawas dan cadangan pembinaan STOLport (padang terbang pelepasan dan pendaratan pendek) di Betong dan Kapit.

“Kesemuanya (cadangan) telah diangkat kepada MOT (Kementerian Pengangkutan) dan setelah berbincang dengan wakil Kerajaan Negeri, ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Sarawak, tahniah dan syabas kepada Ketua Menteri kita tidak ada halangan malah telah memberi kelulusan kepada kerajaan negeri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah yang disempurnakan  Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pembinaan lapangan terbang di Bukit Mabong, Kapit dan Bebuling di Spaoh, Betong yang dibiayai Kerajaan Negeri Sarawak dijangka siap pada 2023 dan bakal menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo dan penumpang.

Wee memberi jaminan akan sentiasa memberikan perhatian terhadap sebarang cadangan dan perkara yang dibawa oleh Kementerian Pengangkutan Sarawak termasuk memperbaiki perkhidmatan udara luar bandar (RAS).

Wee berkata pembinaan Lapangan Terbang Baharu Mukah bakal menjadi pemangkin yang mampu menggerakkan kemajuan dan pembangunan lebih pesat di kawasan itu termasuk menyokong aktiviti ekonomi di Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Ia termasuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi di Mukah dengan meningkatkan jaringan pengangkutan antara sektor perdagangan, selain memudahkan eksport pertanian, perikanan, makanan dan juga produk tempatan seperti sagu dan umai yang merupakan makanan istimewa etnik Melanau.

Projek Pembinaan Lapangan Terbang Baharu Mukah yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar Mukah, telah bermula pada 11 Ogos 2017 untuk menggantikan Padang Terbang Mukah (STOLport) yang lama.

Lapangan Terbang Baharu Mukah yang mula beroperasi sejak 17 Jun 2021 mempunyai kapasiti untuk mengendalikan 265,000 penumpang setahun. - BERNAMA


utusanborneo.com.my/2021/12/04

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2021 06:06 PM | Show all posts


Lapangan terbang baharu Mukah ejen pembangunan wilayah tengah

Ismail Sabri (kanan) ketika menandatangani plak Lapangan Terbang Baharu Mukah disaksikan Abang Johari dan tetamu kehormat lain.

MUKAH: Lapangan terbang baharu Mukah kini menjadi nadi kepada pembangunan sosioekonomi bagi kawasan wilayah tengah Sarawak.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Mukah merupakan salah satu kawasan utama bagi Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) di negeri ini.

"Kerajaan ada pelan induk untuk pembangunan sosioekonomi khususnya untuk penduduk di Mukah," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di sini hari ini.

Selain membawa pelawat serta pelancong ke kawasan ini, Mukah juga kata Abang Johari, ia juga menjadi kawasan teras bagi pendidikan.

Jelasnya, ini kerana terdapat banyak institusi pendidikan telah dibangunkan di sini.

Tambahnya, Mukah juga salah satu tempat yang mempunyai keistimewaan tarikan sebagai destinasi makanan di negeri ini.

Menurutnya lagi, melalui lapangan terbang baharu itu juga, hasil pertanian dapat dipasarkan dengan cepat dan efisien.

Abang Johari turut mengatakan ia adalah hasil daripada kerjasama erat antara kerajaan negeri dan pusat dalam memahami kehendak serta aspirasi rakyat terutamanya di negeri ini.

Katanya, pembangunan akan dapat terus diberikan dan dirancang melalui hubungan baik yang berfungsi seperti sebuah keluarga.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, menteri-menteri, timbalan menteri serta tetamu kehormat lain.


utusanborneo.com.my/2021/12/04


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.055999 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list