CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1213|Reply: 0

Lee Tuck berdebar tunggu proses naturalisasi

[Copy link]
Post time 3-12-2021 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Lee Tuck berdebar tunggu proses naturalisasi


Lee Tuck ketika menyertai sesi latihan bersama TFC sebelum ini. - Foto ihsan Facebook TFC.

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain tengah Terengganu FC (TFC), Lee Tuck mengakui dia kini menanti penuh debar proses naturalisasinya bersama Sri Pahang FC pada tahun depan dalam usaha untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya.

Pemain berdarah kacukan Malaysia-England itu mendedahkan dia bagaikan tidak 'senang duduk' apabila melihat Mohamadou Sumareh dari Gambia, Liridon Krasniqi (Kosovo) dan Guilherme de Paula (Brazil) menyarung jersi pasukan kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, pada pertengahan tahun ini.

Pemain berusia 32 tahun kelahiran Halifax, England itu yang sudah lima musim beraksi dalam saingan Liga Malaysia berkata, dia enggan melepaskan peluang untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya terutama selepas usaha kerasnya sebelum ini mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Jika diberi peluang, sudah tentu saya tidak mahu lepaskan peluang untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya selepas tempoh lima tahun yang disyaratkan bakal berakhir tahun ini.

"Kelibat tiga pemain naturalisasi yang beraksi bersama pasukan Malaysia baru-baru ini bagaikan membangkitkan lagi semangat saya untuk menyarung jersi keramat pasukan Malaysia.

"Saya rasa ini peluang terbaik buat saya jika menjadi pemain naturalisasi. Lagi pun semua orang mahukan yang terbaik buat pasukan negara termasuk penyokong setia," katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya mengenai prestasi pasukan negara baru-baru ini terutama dengan kehadiran tiga pemain naturalisasi, Tuck akui banyak pendapat yang diberikan pelbagai pihak, namun katanya semuanya menjurus kepada kebaikan untuk peningkatan pasukan kebangsaan.

"Kita tahu pelbagai pendapat dan kritikan yang positif dan negatif, semuanya mahukan yang terbaik buat pasukan Malaysia. Ianya juga kritikan membina yang perlu diambil serius untuk memajukan bola sepak negara. Usaha itu juga sudah dimainkan badan induk bola sepak negara," katanya.

Pada aksi Piala Malaysia baru-baru ini, Tuck beraksi cemerlang bersama TFC walaupun secara pinjaman daripada Sri Pahang.

Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan ... proses-naturalisasi

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.193306 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list