KUCHING: Jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin berjaya meraih pingat emas pada Kejohanan Powerlifting DuniaTbilisi, Georgia, Rusia lewat malam tadi.
Atlet kelahiran Sarawak itu yang bersaing dalam kategori kegemarannya 72kg berjaya melakukan angkatan terbaiknya 210kg.
Mengatasi dua pencabarnya iaitu Peng Hu dari China selaku pemenang pingat perak dengan angkatan 196kg dan Shaaban Ibrahim dari Mesir selaku pemenang pingat gangsa dengan angkatan terbaik 195kg.
Seorang lagi atlet Sarawak yang turut berentap lewat malam tadi, Sonia Agon sekadar menduduki tempat kelapan kategori wanita 73kg apabila hanya berjaya melakukan angkatan terbaik 85kg.
sarawakvoice.com/2021/12/03
|