CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 636|Reply: 0

[Sabah] Pemandu Wanita Selamat Kereta Terbakar Di Jalan Telupid-Ranau

[Copy link]
Post time 2-12-2021 08:03 PM | Show all posts |Read mode


RANAU: Seorang pemandu wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan dipandunya merempuh sebuah pacuan empat roda sebelum terbakar dalam kejadian di Kampung Segindai Jalan Telupid-Ranau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu Proton Exora berjaya keluar menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.13 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan enam anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan operasi terus bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran hos salur bantu mula sehingga api padam sepenuhnya.

“Pemandu wanita dan pemandu kenderaan pacuan empat roda Isuzu DMax tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 3.52 petang sebelum dipadamkan sepenuhnya beberapa minit selepas itu.

Katanya, pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat pada jam 4 petang. – Asiatimes


sabahpost.net/2021/12/02

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.055020 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list