CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 575|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 02/12/2021

[Copy link]
Post time 2-12-2021 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-12-2021 12:11 PM



427 kes baharu di Sabah, KK kekal kes tertinggi


KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 427 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan sebanyak 40 kes berbanding jumlah kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, terdapat enam daerah mencatatkan kes di atas paras 20 kes iaitu Kota Kinabalu 78 kes, Penampang 58 kes, Tuaran 47 kes, Papar 29 kes, Beaufort 27 kes, dan Ranau 22 kes.

Katanya, sebanyak 21 daerah lagi merekodkan kes di bawah paras 20 kes dengan 14 daripadanya hanya merekodkan satu angka dan tidak ada kes baharu di empat daerah.
"Hampir 98 peratus daripada semua kes di Sabah hari ini dalam kategori satu dan dua yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) sahaja.

"Sebanyak tiga pesakit dalam kategori tiga, seorang dalam kategori empat dan juga seorang pesakit dalam kategori lima. Empat pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, daerah Kota Belud merekodkan sebanyak 18 kes, Kuala Penyu dan Keningau masing-masing 17 kes, Putatan 16 kes, Kota Marudu 15 kes, Kudat 14 kes, dan Tenom 11 kes.

Menurutnya, daerah Tambunan dan Pitas masing-masing sembilan kes, Sandakan, Tawau dan Sipitang masing-masing tujuh kes, Lahad Datu enam kes, Beluran lima kes, Kinabatangan empat kes, Semporna tiga kes, Telupid satu kes, manakala Kunak, Nabawan, Tongod, dan Kalabakan tidak mencatatkan sebarang kes.


utusanborneo.com.my/2021/12/02




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.334511 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list