CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 535|Reply: 0

[Borneo] Ramai kanak-kanak masuk hospital di pusat perebakan Omicron di Afrika Selatan

[Copy link]
Post time 2-12-2021 08:40 AM | Show all posts |Read mode
TSHWANE: Kanak-kanak bawah umur dua tahun menyumbang kira-kira 10 peratus daripada jumlah kemasukan ke hospital di pusat perebakan varian baharu COVID-19, Omicron, di Tshwane, Afrika Selatan, menurut Institut Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NICD).

Pakar kesihatan awam di NICD, Waasila Jassat, berkata lebih ramai kanak-kanak dimasukkan ke hospital kini berbanding sewaktu peringkat awal negara ini dilanda gelombang keempat penularan COVID-19 ketika ini.

Beliau berkata, trend serupa berlaku ketika gelombang ketiga melanda dengan varian Delta bagai dominan.

Varian Omicron kali pertama dikenal pasti oleh saintis Afrika Selatan.

Meskipun gejala jangkitan Omicron dilihat sebagai ringan, setakat ini, risiko sebenar daripada strain baharu itu masih belum dapat dipastikan.

Kerajaan negara di serata dunia meningkatkan sekatan perjalanan susulan kemunculan Omicron, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula memberi amaran varian itu boleh mencetuskan lonjakan baharu penularan COVID-19.

"Kanak-kanak pada usia sangat kecil, memiliki sistem imun yang belum matang serta mereka tidak divaksin, justeru golongan itu lebih terdedah kepada risiko," kata Jassat yang juga antara individu terbabit dalam usaha membangun dan mengendalikan sistem pemantauan hospital nasional bagi COVID-19 di Afrika Selatan.

Beliau berkata, peningkatan kadar kemasukan ke hospital itu berkemungkinan menggambarkan ibu bapa perlu mengambil langkah lebih berjaga-jaga, susulan kebimbangan akan mutasi varian baharu terbabit.

Satu laporan pediatrik dijadual dikeluarkan hujung minggu ini, dijangka memberi lebih banyak maklumat berkaitan.

"Orang ramai dilihat lebih cenderung untuk memasukkan kanak-kanak ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga kerana jika anda merawat mereka di rumah, kejadian buruk boleh berlaku - terutama kanak-kanak pada usia sangat kecil kerana terdapat kadar kematian lebih tinggi," kata Jassat.

Sebelum ini, saintis di Afrika Selatan dilaporkan berkata, vaksin COVID-19 yang sedia ada dilihat berupaya melindungi daripada jatuh sakit yang teruk.

Namun, kanak-kanak pada usia terlalu kecil masih tidak boleh disuntik vaksin berkenaan. Setakat ini, kira-kira satu per tiga daripada populasi negara ini sudah lengkap vaksinasi.

Ketika gelombang ketiga penularan yang dipacu varian Delta, kemasukan ke hospital bagi golongan berumur bawah 19 tahun, meningkat 43 peratus dan sejak itu, negara ini membuka vaksinasi kepada remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1739 Replies : 2
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177985 Replies : 4060
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22055 Replies : 126
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5356 Replies : 21
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7193 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39865 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3703 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73134 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45540 Replies : 309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:58 AM GMT+8 , Processed in 0.478271 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list