CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 581|Reply: 0

[Sabah] Sabah Benarkan Pelawat Lengkap Vaksin Tanpa Ujian COVID-19 Mulai Hari Ini

[Copy link]
Post time 1-12-2021 10:47 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Berkuat kuasa 1 Disember ini, Sabah membenarkan kemasukan pelawat yang lengkap vaksin tanpa perlu menjalani ujian saringan COVID-19.
Bagi individu berusia 12 tahun ke atas yang belum divaksin atau belum lengkap divaksin perlu melakukan saringan COVID-19 dan menunjukkan slip keputusan ujian negatif di pintu masuk negeri ini.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata bagi individu yang tidak boleh divaksin atas sebab kesihatan perlu mengemukakan laporan perubatan yang disahkan oleh pengamal perubatan berdaftar.

Beliau berkata pengembara domestik yang lengkap vaksin hanya perlu mengisi borang deklarasi kesihatan dan bukti status telah lengkap divaksin ketika penilaian risiko di pintu masuk Sabah.

“Sekiranya bergejala, individu terbabit akan diarahkan untuk menjalani ujian COVID-19 dan diberikan arahan ‘Home Surveillance Order’ atau HSO sehingga keputusan dikeluarkan,” katanya.

Masidi berkata bagi individu yang belum divaksin atau belum menerima vaksin lengkap tertakluk dengan SOP sedia ada iaitu membuat ujian saringan COVID-19 tiga hari sebelum memasuki Sabah dan mengisi borang deklarasi kesihatan.

Sementara itu, bagi pengembara antarabangsa yang lengkap vaksin, mereka diarahkan menjalani kuarantin wajib selama tujuh hari dan menjalani ujian saringan RT-PCR pada hari ke lima tempoh kuarantin.

Pengembara antarabangsa yang belum menerima vaksin lengkap diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 10 hari dan menjalani ujian saringan RT-PCR pada hari ketujuh tempoh kuarantin.

Masidi berkata pengembara antarabangsa diwajibkan menjalani ujian saringan RT-PCR ketika ketibaan dan mendapat kelulusan HSO daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Namun bagi yang tidak mendapat kelulusan HSO KKM, pengembara boleh meneruskan perjalanan ke Sabah dan dikuarantin di pusat kuarantin hotel (yang diwartakan) atau pusat kuarantin Institut Latihan Awam (ILA) yang disediakan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Sabah merekodkan 486 kes baharu semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 231,644 kes. – BH Online


sabahpost.net/2021/12/01


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.055879 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list