CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 553|Reply: 0

[Sarawak] Tidak lari, pergi balai polis sahaja

[Copy link]
Post time 1-12-2021 10:17 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan 4WD tersebut yang mengalami kerosakan di bahagian hadapan.

ASAJAYA: Pemandu sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda (4WD) yang videonya tular dikatakan melarikan diri selepas terlibat kemalangan di Jambatan Asajaya, di sini rupanya lari ke balai polis.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu.

Jelasnya, lelaki berusia 29 tahun itu terpaksa beredar dari lokasi kejadian kerana risau akan keselamatan dirinya.

"Hasil siasatan, dia tiada niat hendak melarikan diri tetapi situasi di lokasi kejadian dan risau sekiranya dia dipukul menyebabkan dia terus beredar menghala ke balai polis berhampiran.

"Laporan polis dari kedua-dua pihak juga telah diterima di pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu telah berlaku kemalangan membabitkan dua buah kereta di selekoh jambatan tersebut iaitu sekitar jam 4 petang pada 29 November lalu.

Kemalangan berlaku apabila 4WD tersebut yang bergerak dari arah Sadong Jaya dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu berlanggar dengan sebuah kereta.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kemalangan tersebut.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Rule 10 LN166/59.


utusanborneo.com.my/2021/12/01

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.114926 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list