CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 466|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak adil tanpa mengira kaum dan agama

[Copy link]
Post time 1-12-2021 10:06 PM | Show all posts |Read mode


SRI AMAN: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan terus memastikan kepimpinan kerajaan berlaku adil kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Sebagai Ketua Menteri, saya berlaku adil bukan sahaja membantu masyarakat Islam tetapi juga bukan Islam, disebabkan itu kita mempunyai Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor).

“Selain membangunkan masjid dan surau,  kita turut membantu orang bukan Islam membangunkan rumah ibadat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Seminar Integriti Kepimpinan Masjid dan Surau Bahagian Sri Aman, hari ini.

Tambahnya, baru-baru ini beliau telah melawat Sungai Asap sekali gus meninjau keadaan Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) yang juga mendapat peruntukan sebanyak RM10 juta dari Kerajaan Sarawak untuk pembinaannya.

“Saya yakin dengan kepimpinan yang adil, masyarakat kita yang beragama Islam dan bukan Islam dapat hidup dalam keadaan yang tenteram tanpa perselisihan faham,” ujarnya.


by suaraswk
November 30, 2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.237421 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list