CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 542|Reply: 0

[Sabah] Sabah catat jumlah kemalangan elektrik tertinggi

[Copy link]
Post time 1-12-2021 09:57 PM | Show all posts |Read mode

Sabah catat jumlah kemalangan elektrik tertinggi : Robert
BERUCAP: Robert ketika berucap pada majlis Penutupan Program Touchpoint anjuran Suruhanjaya Tenaga Pantai Barat Sabah di Bingkor

KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik berkata, berdasarkan statistik Suruhanjaya Tenaga (ST), negeri Sabah mencatatkan jumlah kemalangan elektrik tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Semenanjung.

Walau bagaimanapun jelasnya, kemalangan itu mungkin dapat dielakkan di masa hadapan dengan menerapkan pengetahuan tentang bahaya elektrik dalam kalangan masyarakat serta pelaksanaan kerja penyelenggaraan berterusan oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan pemasangan elektrik sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

"Saya berharap dengan berlangsungnya Majlis Penutupan Program Touchpoint pada hari ini dapat memberikan nilai tambah dalam pengetahuan dan kesedaran kepada kesemua peserta yang hadir.

"Peserta terutama ketua-ketua masyarakat yang hadir bolehlah menyampaikan ilmu dan pengetahuan yang dikongsikan dalam majlis ini kepada saudara-mara, rakan-rakan, jiran-jiran dan orang-orang di sekeliling demi kebaikan serta manfaat bersama, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penutupan Program Touchpoint Di Dun Bingkor yang diadakan di Dewan Masyarakat Bingkor kelmarin.

Dalam pada itu, Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor turut merakamkan penghargaan kepada Suruhanjaya Tenaga kerana telah melaksanakan program itu yang diyakini dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan elektrik.

"Terima kasih kepada Pengarah ST Pantai Barat Sabah, Pengurus SESB Keningau dan Pengurus Giatmara termasuk JPKK Dun Bingkor yang turut sama dalam menjayakan majlis ini secara langsung dalam menjayakan masjlis pada hari ini.

"Saya harap ilmu yang dikongsikan dalam majlis ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan keselamatan dan kecekapan dalam penggunaan elektrik dan gas yang secara tidak langsung mampu mengurangkan kadar kemalangan elektrik, " katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/01



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.058461 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list