CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 579|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 30/11/2021

[Copy link]
Post time 30-11-2021 08:36 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 401 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 233,233 kes. Sebanyak lima (5) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu dua (2) kes di Tenom manakala masing-masing satu (1) kes di Kota Marudu, Ranau dan Keningau. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 598 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 222,849 orang. Manakala 1,445 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 619 orang di hospital, 800 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 24 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara dan dua (2) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 72 orang merangkumi 69 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut dan 24 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 43 (22.75%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Setelah lima hari berturut-turut mengalami penurunan, kes baharu di Sabah kembali meningkat. Jumlah kes baharu ialah sebanyak 401 kes, 59 kes lebih tinggi daripada kelmarin.

b. Kota Kinabalu kembali menjadi daerah dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 53 kes. Jumlah berkurangan sedikit berbanding semalam namun agak membimbangkan kerana 30 daripada 53 kes yang direkodkan di Kota Kinabalu berpunca daripada kes-kes sporadik (Kes Bergejala).

c. Sebanyak 18 daerah di Negeri Sabah hari ini merekodkan peningkatan kes dengan enam (6) daripadanya mencatatkan peningkatan yang agak tinggi. Lima (5) daerah mencatatkan penurunan kes namun hanya daerah Kinabatangan mencatatkan penurunan signifikan iaitu turun 70 kes berbanding semalam. Empat (4) daerah lagi iaitu Semporna, Nabawan, Kunak dan Kalabakan mengekalkan catatan sebagaimana angka semalam iaitu sifar (0) kes.

d. Hampir 97% daripada semua kes di Sabah hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 yang hanya memerlukan rawatan dan pemantauan di rumah atau di PKRC. Empat (4) pesakit dalam Kategori 3, juga empat (4) pesakit dalam Kategori 4 dan satu (1) pesakit dalam Kategori 5. Seramai empat (4) pesakit lain masih dalam penilaian lanjut JKNS.

e. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (222) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 10:09 PM GMT+8 , Processed in 1.329364 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list